Kelaziman dan trend Kemerosotan demokrasi

Negara autokratik (merah) atau negara yang mengalami pendemokrasian yang ketara (biru)(2010–2020), berdasarkanindeks 'V-Dem Democracy' . Negara-negara dalam kelabu tidak mengalami perubahan yang ketara. [29]

Kajian daripada indeks 'V-Dem Democracy' oleh Institut V-Dem di Universiti Gothenburg, menilai 174 negara pada akhir 2016, dan mendapati bahawa bilangan negara demokrasi di dunia merosot secara perlahan daripada 100 pada 2011 kepada 97 pada 2017. Terdapat beberapa negara bergerak ke arah demokrasi, manakala negara lain menjauhi demokrasi. [30]

Laporan Tahunan Demokrasi 2019 V-Dem mendapati bahawa trend autokrasi berlaku secara berterusan, di mana terdapat 24 negara kini terjejas oleh apa yang dikenali sebagai 'gelombang ketiga autokratisasi'" termasuk negara Brazil, Bangladesh dan Amerika Syarikat, serta beberapa negara Eropah Timur" (khususnya Bulgaria dan Serbia). [23] Laporan itu juga mendapati bahawa kadar jumlah populasi yang tinggal di negara yang berarah ke autokrasi semaking meningkat mencapai 2.3 biliion pada tahun 2018. [23] Laporan itu mendapati bahawa walaupun banyak negara merupakan negara demokrasi, bilangan negara demokrasi liberal menurun kepada 39 menjelang 2018 (turun daripada 44 sedekad sebelumnya). [23] Institusi penyelidikan Freedom House, dalam laporan pada 2017 dan 2019, mengenal pasti kemerosotan demokrasi di pelbagai rantau di seluruh dunia. [31] [32] Laporan Freedom House 2019 iaitu Freedom in the World, bertajuk Democracy in Retreat, membentangkan kebebasan bersuara merosot secara berterusan dalam tempoh 13 tahun, dengan penurunan yang ketara sejak 2012. [33]

Sebuah laporan pada tahun 2020 daripada 'Varieties of Democracy Institute' mendapati bahawa bahagian global demokrasi merosot daripada 54% pada 2009 kepada 49% pada 2019, dan bahagian yang lebih besar daripada populasi global tinggal di negara autokratik (6% pada 2009, 34% dalam 2019). [34] 10 negara yang mempunyai tahap pendemokrasian tertinggi dari 2009 hingga 2019 ialah Tunisia, Armenia, Gambia, Sri Lanka, Madagascar, Myanmar, Fiji, Kyrgyzstan, Ecuador dan Niger ; 10 negara yang mempunyai tahap autokratisasi tertinggi dari 2009 hingga 2019 ialah Hungary, Turki, Poland, Serbia, Brazil, Bangladesh, Mali, Thailand, Nicaragua dan Zambia . [34]

Rujukan

WikiPedia: Kemerosotan demokrasi http://www.politico.eu/article/democratic-backslid... http://www.demdigest.org/democratic-backsliding-ha... http://journalofdemocracy.org/sites/default/files/... http://worldcat.org/oclc/1155487679 https://reader.foreignaffairs.com/2020/08/10/the-f... https://foreignpolicy.com/2021/02/11/capitol-insur... https://books.google.com/books?id=e5WRDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=6REC58gdt2sC&pg=... https://www.vox.com/the-big-idea/2017/2/21/1466456... https://www.washingtonpost.com/politics/2020/08/14...